~

save

Tuesday, August 22, 2017

Visor Gelap Adalah Satu Kesalahan



Mengikut kaedah-kaedah Motosikal, Topi Keledar 1973 (PU (A) 43/1973), penggunaan visor gelap adalah satu kesalahan dan mereka yang menggunakannya boleh dikenakan tindakan kompaun.
"Helmet boleh dipasang dengan apa jua jenis visor yang jernih dan tidak berwarna dengan syarat tiada sebarang alat tambahan yang boleh menutup mana-mana bahagian muka di antara kening dengan dagu.
“Cermin visor untuk motosikal mestilah lutsinar 70 peratus dan tidak ada yang terkecuali. Tak kira sama ada orang awam, Polis, JPJ mahupun mana-mana penguatkuasa, penggunaan visor gelap adalah dilarang.

Tuesday, May 16, 2017

APA ITU NUTRIFERON

APA ITU NUTRIFERON



Penggalak imunisasi @ immune booster kepada tubuh
.
KENAPA PERLU MEMILIH NUTRIFERON??
Nutriferon dicipta oleh PAKAR IMUN iaitu Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954
.
Dr Yasuhiko Kojima telah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian & lebih 200 jenis herba yang berlainan.
.
Akhirnya beliau BERJAYA menemui Interferon semulajadi di DUNIA iaitu NUTRIFERON. Dijamin selamat, halal dan berkesan.
.
BAGAIMANA NUTRIFERON BERTINDAK???
NutriFeron merupakan adunan empat ramuan botani, apabila digabungkan bersama, membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:–

1. Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata) dapat mendorong pengeluaran interferon;

2. Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;

3. Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;

4. Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
.
SIAPA YANG PERLU NUTRIFERON???
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.

2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yang berpanjangan.

3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.

5. Mereka yang sering stress.

6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.

7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.

8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

#shakleebangi
#shakleeselangor
#shakleemalaysia
#sihatitunikmat
#nutriferonimunbooster


Friday, May 5, 2017

Jangan sumpah anak2 walaupun hatimu tercabar!!

😢😢😢😢

Ibuu..👱🏻‍♀
Ayah..👨🏼
Jangan sumpah anak2 walaupun hatimu tercabar!!
Tahan marahmuu..😓

😶Bila anak2 mencabar kesabaran ibu dan ayah, mengguriskan hati ,,
Lalu terdetik rasa marah hingga kesudut hati,
Rasa benci dan menyampah,
Maka Hilanglah redho seorang ibu disaat itu.
Hilang jugalah redho Allah pada anak itu.

😔Ingatlah wahai ibu..wahai ayah..

😥Cepat2lah beristighfar,,
 jangan dibiarkan benci dan marah itu bertakhta  walaupun sekejap..
 Dirisaukan ketika itu Allah cabut nyawa kita
Ataupun nyawa anak kita.

😧Maka tergolong lah anak itu dalam golongan anak derhaka,,

😳selayaknya neraka jahannamlah buatnya..
Nauzubillahi minzalik

😲Sanggupkah ibu dan ayah biarkan anak yang dikandung itu begitu pengakhirannya?

🤚Sedangkan anak2 itu tidaklah begitu..

🤝Sebetulnya ibu dan ayah kembali kepada permulaan kehidupan..

🙌Selidikilah diri kita,,

🤔Sejauhmana kita didik mereka dengan ilmu agama?

🤔Sejauhmana kita dampingi anak2 dengan nasihat berguna?

🤔Sehebatmana kasih sayang yang kita curahkan?

🤔Sejauhmana keperihatinan kita pada mereka disaat diperlukan?

⚠⚠⚠ *Ibu ayah Jangan lupa..*

🤡 *Anak yang terlalu dimanjai  akan bisa bersikap degil kelak kerana mereka sukar memahami hak ibubapa.*

😡 *Anak yang sering dimarahi tidak akan ada jati diri, akhirnya sifat itu dilepaskan kembali.*

😠 *Anak melawan cakap kemungkinan kerana diri kita yang sering begitu dgn orang tua*

😖 *Anak jadi liar kerana punca rezki yang dibajai tidak berkat*

😒 *Anak tidak mesra dengan ibu ayah kerana tiada komunikasi yang sempurna.*

😟 *Anak menjadi kurang ajar kerana kurang ketaatan kepada Allah.*

😭 *Anak yang degil bukan kehendaknya kerana pengaruh gangguan jin iblis yang menguasi jiwanya.* Rawatlah ia.

⭐Carilah dimana silap kita dalam mendidik anak2.
Bukan semata2 mencari salah si anak.

😀Anak2 itu acuan kita

💪🏻Didiklah dari seawal kejadiannya.

🤗Peluk dan usaplah anak disaat dia memberontak.

🌟Ada sesuatu mesej yang Allah nak kita faham disebalik kesulitan itu.

👌Belajarlah dari kerumitan agar tidak berulang kesilapan.

😍Pupuklah cinta Allah dalam keluarga.

👍Insyaallah..kita tak akan hilang pedoman.

👨‍👩‍👧‍👦Anak2 jadi soleh solehah kerana punya bimbingan bukan kutukan.

*Muhasabah Diri* 😔😔

Peringatan Kita Bersama

Copy&paste agar kita semua sekeluarga sekeliling terus muhasabah diri 🌷

Barakallahu feekum 😘

*TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR : AL-QURAN*

Assalamualaikum.
Bismillah
 
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■Jgn sekali kali tinggalkan alQuran...Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■Rumah yg dibacakan alQuran, pd waktu mlm rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■Jika mati org yg suka baca Quran Ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat2 akan tau, ooo, mati sudah sipembaca Quran ini, Mari kita solatkan rohnya.

■Didlm kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■AlQuran akan duduk didada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita didlm kubur.

■Jgn tinggalkan alQuran.

■Jgn tinggalkan alQuran.

■Azab kubur bermula the moment mayat tidak dpt menjawab soalan2 malaikat.

■Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■Penting 7 hari ini kita mendpt doa dari anak2 yg soleh supaya hari2 kita indah didlm kubur.

■Masa mayat Tu duduk kita akan sedar, ohh...aku dah meninggal dah... 😭

■Pesanan akhir Ustaz, sblm mati, tolong pastikan sekurang kurangnya Ada alMulk dlm Dada kita.
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
آميـــــــــــــــــــن

■Celakalah org yg tidak dpt jawab soalan mengenai Rasullullah saw.
Dlm kubur alQuran akan berkata kpd mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yg lantang & mendayu.

■Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■Lepas Tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd 2 malaikat yg akan menyoal.
g
■Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

 جزاك اللهُ خيراً

👍🏼👌🏻

Wednesday, April 19, 2017

Soya ESP Boleh Sebabkan Cyst Dan Fibroid ?



Wah. Kontroversi betul tajuk kan :)

Maklumlah, ESP ni kan sentiasa menjadi mangsa tohmahan pihak-pihak tertentu. Tapi, yang ajaibnya, walaupun segala macam fitnah ditabur, ESP tetap menjadi pujaan hati ramai orang dan selalu sangat out of stock dekat Shaklee.

Apa maknanya tu?

Maknanya, orang kita ni dah makin bijak menilai. Semakin banyak info yang kita tahu, kita gali, maka akan bertemulah kita dengan kebenarannya, dan akan makin bertambahla keyakinan kita pada ESP Shaklee ni.

Bak kata saintis Shaklee,
"We are not only claim, but we PROOVE that Shaklee is safe, natural and effective."

Betul Ke Soya Boleh Sebabkan Cyst Dan Fibroid ?

Ok, berbalik kepada soalan kontroversi di atas, betul ke soya boleh sebabkan cyst dan fibroid?

Baru-baru ni, ketua saintis Shaklee, Dr Bruce Daggy ada datang ke Malaysia untuk road tour Landmark Study. By the way, untuk yang belum tahu tentang Landmark Study Shaklee ni, boleh klik sini ya.

Dr Bruce Daggy ni bukan calang-calang orang ni. Beliau ni ketua kepada kumpulan saintis Shaklee yang seramai 70 orang yang semuanya pun bukan calang-calang orang. Dan beliau sendiri mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kesihatan dan nutrisi. Pengalaman yang sangat luas, malah berpuluh-puluh kajian beliau dah pun dipatenkan.

Sewaktu road tour Landmark Study ni, ada yang ambil peluang untuk bertanyakan soalan kontroversi ni kepada Dr Bruce Daggy.

Jawapan beliau...

Sepanjang berpuluh-puluh tahun kajian beliau, takde bukti pun yang menunjukkan soya boleh sebabkan cyst, kanser, fibroid bagai.

Tapi, jawapan beliau ni, merujuk kepada soya ESP ya.

Sebab, ada beza tau soya ESP berbanding soya yang lain. Banyakkkk sangat bezanya.

Antaranya, soya yang digunakan untuk hasilkan ESP ni adalah SOYA NON-GMO yang tak diubah genetik (baka), daripada benih sampai pengeluarannya.

ESP ni dihasilkan sejak 1951. Produk 50 tahun lebih, bukan setahun dua. Kalau betul bahaya, dah tentu berapa ramai orang yang mati sebab kanser sebab ESP. Tapi sebaliknya yang dok amalkan ESP makin sihat dan bebas kanser. Sebab apa tau? Sebab selain dari NON-GMO, cara pemprosesan pun membezakan kualiti soya. ESP dicuci dengan air (bukan alkohol), diproses dengan suhu rendah. Jadi IS, GENISTEIN & DAIDZEIN kekal dalam soya ESP.


Perbezaan soya ESP berbanding produk lain, saya akan huraikan lebih lanjut di bawah ya.

Sebelum tu, saya nak berkongsi perkongsian mereka yang amalkan soya ESP walaupun ada cyst.

Cyst 7cm semasa hamil, kecut tanpa perlu bedah


Cyst 4cm semasa hamil kecut, tanpa perlu bedah


Siapa cakap ESP sebabkan cyst?
Ramai yang minum ESP, yang ada cyst pun mengecut.

Fakta mengapa ESP soya berbeza dengan soya yang lain

1. Dari soya NON-GMO

Shaklee hanya menggunakan protin soya yang tidak diubahsuai secara genetik (NON-GMO) dan ini disahkan melalui Identity preservation program (IPP). Program ini memberi jaminan bahawa soya yang digunakan adalah dipantau dan dikawal dari penanaman dan penuaian untuk pemprosesan. Soya kat kedai yang dalam kotak tu takde nak melalui IPP ni.

2. Diproses dengan air, bukan alkohol

Kebanyakan soya diproses menggunakan alkohol. Bermaksud bila guna alkohol, komponen penting iaitu isoflavones semula jadi seperti genistein dan daidzein akan hilang. ESP diproses guna air. Jadi komponen penting ni tak hilang. Isoflavones ni la yang bantu untuk seimbangkan hormon dalam badan

3. Diproses tanpa haba 

Yang paling penting sekali, proses nak dapatkan protin dari soya ni mestilah tanpa haba. Tapi apa yang kita buat kat rumah air soya tu dimasak which is boleh mengganggu asid amino yang ada dalam soya. Bad news is, yang itu yang boleh jadi toksik - tak payah buat air soya sendiri kat rumah, minum ESP lebih selamat.

4. ESP ni dah 50 tahun lebih dalam pasaran

ESP ni dah berada di pasaran selama 56 tahun uolls. Kalau ESP boleh buat orang mati sebab kanser, dah berapa juta kematian seluruh dunia disebabkan ESP berlaku dan kenapa ESP masih teguh di pasaran kalau ianya memang terbukti secara clinical bahaya. Secara clinical ye, bukan secara sembang-sembang tepi pagar dapur


Jadi...
Terbukti dah pun ESP soya ni sangat selamat tanpa ada kesan yang buruk terutamanya untuk jangka masa panjang.
Dahla tu, yang jadi best sangat ni, sebab ESP ni bagi banyak sangat manfaat untuk badan kita.

Badan jadi sihat, bertenaga, kulit cantik..
Dalaman sihat, luaran pun cantik dan sihat.

Semoga perkongsian ni dapat menjawab persoalan ramai, dan menghentikan segala fitnah yang takde bukti tu pun :) 

Wednesday, February 1, 2017

SYEIKH HASSAN AL BANNA : ULAMA SUFI, MUJADID UNGGUL & PENGASAS IKHWANUL MUSLIMIN


Syeikh Hassan Al Banna yang dilahirkan pada tahun 1906 adalah seorang ulama sufi kelahiran Mesir yang juga merupakan pengasas sebuah gerakan Islam iaitu Ikhwanul Muslimin . Beliau berakidah Asya’irah wal Maturidiah dan bermazhab Syafie. Akhlak dan budi pekerti yang tinggi serta jasa-jasanya yang sangat besar dalam dakwah menyebabkan beliau sangat dihormati & disayangi di Mesir.

Syeikh Hassan Al Banna adalah seorang ulama pengamal tarekat Syadziliyah dari cabang Hasafiah. Beliau telah berguru & menerima amalan-amalannya dari mursyid tarekat tersebut iaitu Syeikh Abdul Wahab Al Hasafi.

Ayahnya yang bernama Syeikh Ahmad bin Abdur Rahman Al Banna As Sa’ati juga seorang ulama sufi & ulama hadith yang masyhur. Antara kitab yang masyhur berkaitan ilmu hadith karangannya ialah الفتح الرباني في ترتيب مسند الامام أحمد .Syeikh Ahmad juga pernah menulis buku tentang dalil2 amalan zikir Wazifah Zuruqiyah, amalan rutin dalam tarekat Hasafiah Syadziliyah yang menurutnya hampir kesemuanya bersandarkan pada hadith2 yang sahih. Buku tersebut bertajuk تنوير الأفئدة الزكية بذكر أدلة الوظيفة الزروقية (Suluhan Hati Suci Dengan Dalil-dalil Zikir Wazifah Az Zuruqiah)
Pada Syeikh Hassan Al Banna, gandingan ilmu, tasawuf & siasah/haraki melahirkan natijah pejuangan yang hebat. Syeikh Hassan Al Banna pernah berkata seperti berikut:-

“Jika dengan kehendak Allah, kekuatan ilmu Universiti Al Azhar bersatu dengan kekuatan rohani tarekat ini, serta kekuatan amali gerakan Islam, sudah tentu umat ini akan menjadi hebat. Umat ini akan mengarah, bukan lagi diarah. Umat ini akan meneraju, bukan lagi diteraju. Umat ini akan mempengaruhi bangsa lain, bukan lagi dipengaruhi. Umat ini akan membimbing manusia yangsesat ke jalan yang benar”

Antara kehebatan Syeikh Hassan Al Banna ialah beliau telah menjalankan usaha dakwah di kedai2 kopi yang mana beliau dapat menarik ramai pemuda untuk minat pada Islam. Kejatuhan Daulah Uthmaniyah pada tahun 1924 sangat memberi kesan pada Syeikh Hassan Al Banna.

Maka pada tahun 1938, Syeikh Hassan Al Banna bersama 6 orang sahabatnya telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin yang bertujuan untuk mempertahankan akidah & tanah air umat Islam dari dirobek-robek penjajah barat & kuncu-kuncunya. Sejak penubuhan Ikhwanul Muslimin, pengaruh Syeikh Hassan Al Banna sangat besar di Mesir sehingga membimbangkan pihak istana.

Pada tahun 1948, Syeikh Hassan Al Banna telah menghantar sebatalion pasukan tentera yang terdiri dari ahli Ikhwanul Muslimin ke Palestin untuk berperang melawan Zionist dan ternyata tentera Zionist mengalami kekalahan. Seorang Jeneral Yahudi Zionist berkata:

“Seandainya mereka memberikanku satu batalion tentera Ikhwanul Muslimin, maka dengan pasukan tersebut aku pasti akan mampu menakluki dunia.”

Tidak lama setelah pengutusan tentera Ikhwanul Muslimin ke Palestin, Syeikh Hassan Al Banna syahid ditembak pada awal tahun 1949 oleh orang2 suruhan Raja Farouk, Raja Mesir yang dipengaruhi Inggeris. Antara anak murid Syeikh Hassan Al Banna yang masyhur ialah Syeikh Mutawalli Sya’rawi, Dr Mustafa As Siba’i, Dr Abdul Qadir Audah & Dr Yusuf Al Qaradhawi. Kehebatan perjuangannya melayakkan beliau mendapat gelaran mujadid yang unggul abad ke-20.

Hasanuddin Yusof
Maktab Peyelidikan
Tamadun Islam Nusantara


Monday, January 30, 2017

ASAL USUL PLAT KENDERAAN MALAYSIA


Mesti ada yang tak tahu asal usul no plat ni. Kenapa plat Johor mula dengan J? Kenapa Perak dgn A?

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

KENAPA PERAK BERMULA DENGAN A?

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk Tanah Melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) diikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Akhirnya, plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

A = Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan

E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
i) EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
ii) ES: Sandakan
iii) ET: Tawau
iv) ED: Lahad Datu
v) EU: Keningau
vi) EK: Kudat
vii) EL: Labuan

F = Putrajaya (mulai Jun 2016)
H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
J = Johor

K = Kedah
i) KV = Langkawi

L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
P = Pulau Pinang

Q = Sarawak
i) QA dan QK: Kuching
ii) QB: Sri Aman
iii) QC: Samarahan
iv) QL: Limbang
v) QM: Miri
vi) QP: Kapit
vii) QR: Sarikei
viii) QS: Sibu
ix) QT: Bintulu

R = Perlis

S = Sabah (ditukar daripada E)
i) SA, SAB & SAC: Kota Kinabalu
ii) SB: Beaufort
iii) SD: Lahad Datu
iv) SK: Kudat
v) SS: Sandakan
vi) ST: Tawau
vii) SU: Keningau

T = Terengganu
V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)
W = Kuala Lumpur (siri pertama)

Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
i) Z: Panglima Angkatan Tentera (Pemerintah Tertinggi ATM)
ii) ZA ke ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
iii) ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
iv) ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
v) ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
vi) JZ: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

PLAT KHAS

- Putrajaya
- Proton
- Tiara
- Perdana
- Satria
- Chancellor
- Perodua
- NAZA
- LOTUS
- KRISS
- Jaguh
- BAMBee
- SUKOM
- X OIC
- XIII NAM
- XI ASEAN
- XXX IDB
- G1M
- 1M4U
- Patriot
- TTB
- GP
- Putra
- VIP (Visit Pahang 2017)

😊penduduk Perak dulu paling ramai ada kereta