~

save

Monday, November 26, 2012

Amerika Terlibat Dalam Penyembelihan Pelarian Palestin di Sabra dan Shatila


NEW YORK, 17 Sept 2012 -- Beberapa dokumen rahsia yang ditulis sejak tahun 1982 mendedahkan dengan jelas penglibatan Amerika dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila. Peristiwa hitam itu berlaku selama tiga hari dari 16hb hingga 18hb September 1982. Menurut pendedahan New York Times sempena ulang tahun ke-30 tragedi tersebut, lebih 2,000 orang pelarian Palestin telah terkorban kebanyakannya kanak-kanak, wanita dan lelaki tua.
Pada tahun 1983, suruhanjaya siasatan Israel merumuskan bahawa tentera Zionis Yahudi itu telah terlibat secara langsung dalam pembunuhan tersebut. Mereka turut mendakwa Menteri Pertahan ketika itu yang kemudiaannya menjadi Perdana Menteri, Ariel Sharon, telah bertanggungjawab ke atas tragedi tersebut.
Penglibatan Israel dalam perang saudara di Lubnan bermula sejak bulan Jun 1982 lagi, di mana mereka telah menakluk sebahagian wilayah Lubnan dalam usaha menghapuskan PLO dan menjalin kerjasama dengan kerajaan puak Kristian di Lubnan.
sabra-02Dokumen ini merekod transkrip perbualan dan minit mesyuarat di antara Setiausaha Negara Amerika, Lawrence Eagleburger, dan Duta Israel ke Amerika, Moshe Arens.Dokumen-dokumen rahsia yang telah diturun-taraf klasifikasi itu turut mengadungi transkrip perbualan dan minit perbincangan dalam beberapa sesi mesyuarat antara pegawai tertinggi Amerika dan Israel sebelum dan semasa tragedi pembunuhan beramai-ramai yang diketuai oleh militia Kristian Palangis Lubnan itu.
Turut didedahkan bagaimana Israel memperdaya para diplomat Amerika tentang apa yang berlaku di Beirut. Amerika kemudian dibuli sehingga mempercayai dakwaan palsu Israel bahawa beribu-ribu "pengganas" berlindung di kem-kem berkenaan. Sedangkan beberapa minggu sebelum kejadian Amerika telah berjanji untuk menjaga keselamatan para pelarian Palestin di situ.
"Paling menyedihkan apabila Amerika yang sebenarnya sudah bersedia untuk mengenakan tekanan diplomatik ke atas Israel dan menghentikan kekejaman itu, sebaliknya gagal untuk berbuat demikian," tambah akhbar itu dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Seth Onziska, calon kedoktoran dalam sejarah antarabangsa di Universiti Columbia. Beliau telah memperolehi dokumen-dokumen itu di Israel State Archives.
Pada 16 September 1982 iaitu hari pertama tragedi itu berlaku, duta Amerika di Timur Tengah, Morris Draper, telah bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon. Sharon mempertahankan tindakan Israel menakluk wilayah barat Beirut dengan mendakwa bahawa terdapat "2,000 hingga 3,000 pengganas" di kawasan berkenaan.
Apabila Draper mendesak supaya tentera Israel segera keluar dari kawasan tersebut, Sharon bertindak balas dengan penuh kemarahan, "saya betul tidak faham, apa yang anda mahu? Adakah anda mahu supaya pengganas terus hidup? Adakah anda takut nanti ada pihak mendakwa bahawa anda berada dalam pakatan sulit dengan kami? Nafikan saja. Kami sudah menafikannya."
Menurut transkrip itu lagi, Draper terus mendesak Israel supaya meninggalkan kawasan tersebut, tetapi akhirnya mengalah setelah kedua-dua pihak bersetuju supaya Israel "berundur secara beransur-ansur" bagi membolehkan tentera Lubnan memasuki bandar tersebut. Bagaimanapun pihak Israel menegaskan bahawa mereka harus menunggu sehingga 48 jam sebelum memulakan proses membawa keluar tentera Zionis Yahudi dari wilayah itu.
sabra-03Ribuan pelarian Palestin di sembelih dengan kejam.Dalam desakan berterusan beliau untuk melihat tentera Israel beredar keluar, Draper telah memberi amaran bahawa para pengkritik akan berkata, "jelas sekali, tentera Israel akan tetap berada di barat Beirut dan mereka akan membiarkan rakyat Lubnan membunuh rakyat Palestin di kem-kem pelarian." Sharon menjawab, "Jadi, kami akan bunuh mereka. Kami tidak akan biarkan mereka hidup di situ. Anda tidak akan dapat selamatkan mereka. Anda tidak akan dapat menyelamatkan kumpulan-kumpulan pengganas antarabangsa ini."
Jawapan Draper sangat mengejutkan apabila beliau berkata, "Kami tidak berminat untuk menyelamatkan orang-orang ini."
Sharon seterusnya mengisytiharkan, "jika anda tidak mahu rakyat Lubnan membunuh mereka, kami akan membunuh mereka."
Draper telah memerangkap diri sendiri, dan akhirnya mengalah. "Jadi anda tidak perlu masuk, anda tidak harus terlibat," tambah beliau merujuk kepada usaha Amerika memudah-cara proses membawa keluar PLO dari wilayah Lubnan.
Pengganas dan penjenayah Ariel Sharon masih bebas sehingga ke saat ini dan negara Amerika terus menjadi kuda tunggangan  negara haram Israel. Perjuangan membebaskan Palestin dan membawa pulang jutaan pelariannya kembali ke tanah air mereka adalah sebenarnya tanggungjawab seluruh umat Islam, bukannya pihak penjenayah antarabangsa yang bertopengkan peradaban Barat. Bangkitlah umat Islam! Saudaramu di Palestin menderita dari generasi ke generasi yang lain, hingga ke saat ini.
sabra-04Ariel Sharon - pengganas yang menjadi dalang dalam tragedi Sabra dan Shatila.
----------
Komentari tulisan Seth Anziska, "A Preventable Massacre" di New York Times. Tulisan asal boleh dicapai di sini.

No comments:

Post a Comment